Friday, 7 January 2011

Selamat Datang


ULAT BUKU (UB)
Melati kuntum tumbuh melata, 
Sayang merbah di pohon cemara; 
Assalamualaikum mulanya kata, 
UB sembah pembuka bicara

Kepada semua di ucapkan Selamat Datang, Welcome, ahlan wa sahlan, Willkommen, fùnyìhng, hwangyong-hamnida, vaazhga..

Dalam blog ini UB akan membicarakan tentang persoalan pendidikan anak-anak. Anak-anak perlu dibelai dan diasuh mengikut fitrahnya bukan mengikut kehendak ibu bapa. Perkara yang selalu gagal difahami oleh ibu bapa tentang anak-anak ialah wujudnya ‘sensitive period’ sepanjang perkembangan mereka.
Contohnya, semasa anak-anak sudah pandai bertatih, ada satu tempoh kita dapati anak-anak ini suka sangat memanjat tangga (sensitive period for stairs climbing).
Selalunya, kita akan halang anak itu sebab takut terjatuh atau tercedera. Lalu kita pasang semacam pagar di tangga untuk halang anak dari memanjat tangga. Secara tidak sedar kita halang perkembangan fizikal mereka yang sepatutnya dipuaskan secara fitrah. Sedangkan aktiviti (memanjat tangga)tersebut melatih perkembangan psikomotor anak-anak. Juga menanam rasa yakin diri pada anak-anak.

Saidina Umar pernah mengadukan halnya dengan kaum Quraisy kepada Allah SWT tentang kejemuannya menghalangi wujudnya kaum elit dan mewah dari kaum Quraisy kerana bimbangkan bahaya yang mungkin timbul dari kemewahan dan elit itu; hari ini kita meyaksikan kejatuhan umat Islam kerana dua faktor utama itu. Dan kitapun mungkin masih ingat pesanan Saidina Umar berkaitan pendidikan anak “ Didiklah anak kamu sesuai dengan zaman mereka”. Satu pesanan yang menjadikan masa depan sebagai rujukan dan penelitian. Seorang pemikir ada menyebutkan “Sekiranya kita tahu dimana kita berada dan bagaimana kita boleh berada ditahap sekarang maka kita tahu kemana arah kehidupan kita beberapa tahun lagi”.

Wallahualam..

2 comments:

  1. Ibu bapa terlalu kasih terhdp anak2 menyebabkan pergerakan anak2 dibataskan hingga menyumbang kpd berlakunya masalah dalam perkembangan pd anak2 secara normal.

    ReplyDelete
  2. orang2 tua sgt kreatif dlm pemasalahan ini ~
    "sayang anak, tangan2kan.. sayang isteri tinggal2kan (opps!) ;-)

    ReplyDelete