Sunday, 23 January 2011

Masih Ramai Yang Buta Huruf... alahai ~

Sedar tak sedar, masih ramai lagi di luar sana yang BUTA HURUF. Laporan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berdasarkan kajian ke atas 70 buah sekolah menengah mendapati bahawa daripada 73,858 pelajar yang telah dianalisis, 3,690 (2.66 peratus) daripadanya tidak boleh membaca. Kajian ke atas 143 buah sekolah rendah pula, mendapati daripada seramai 75,699 murid yang telah dianalisis, 3,690 (4.87 peratus) tidak boleh membaca.

Kelemahan membaca dipandang sebagai penghalang kepada usaha untuk menjadikan anak-anak kita sebagai pelajar berpengetahuan dan cemerlang dan masyarakat kita sebagai masyarakat yang berilmu dan maju. Kalau dilihat pada dasar pendidikan, kurikulum, dan silibus pengajaran membaca tidak ada cacatnya. Semua sudut tentang membaca telah diajar di sekolah-sekolah. Malangnya isu dan masalah yang sama dibangkitkan setiap tahun.



"Pelajar tidak suka membaca."

"Pelajar tidak berminat membaca."

"Pelajart tidak mahu membaca."

"Pelajar malas membaca."

Maka pihak yang terlibat dalam permasalah ini jadi seperti lagu Bangau Oh Bangau..

Murid oh murid, kenapa tahu tahu baca?
Macam mana aku tak tahu baca, cikgu tak pandai ajar..
Cikgu oh cikgu, kenapa murid tak tahu baca?
Macam mana murid tak tahu baca, ibubapa tak prihatin..
Ibu oh bapa kenapa anak tak tahu baca?
Macam mana anak tak tahu baca, cigu ntah apa-apa... alahai, kesian cikgu ~

Saturday, 8 January 2011

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
* Belajar adalah permainan hidup yang paling menggairahkan dan belajar bukanlah bekerja.
* Belajar adalah pahala, bukan hukuman.
* Belajar adalah bersenang-senang, bukan bersusah payah.
* Belajar adalah suatu kehormatan, bukan sesuatu yang hina.
Ibubapa harus peka untuk memberi pendidikan awal kepada anak-anak. Ibubapa tidak boleh bersikap lepas tangan atau berkira tentang hal ini. Selalu berinteraksi dengan guru adalah eliment yang baik untuk menjamin pembelajaran anak seiring dengan pembesarannya.

Friday, 7 January 2011

Selamat Datang


ULAT BUKU (UB)
Melati kuntum tumbuh melata, 
Sayang merbah di pohon cemara; 
Assalamualaikum mulanya kata, 
UB sembah pembuka bicara

Kepada semua di ucapkan Selamat Datang, Welcome, ahlan wa sahlan, Willkommen, fùnyìhng, hwangyong-hamnida, vaazhga..

Dalam blog ini UB akan membicarakan tentang persoalan pendidikan anak-anak. Anak-anak perlu dibelai dan diasuh mengikut fitrahnya bukan mengikut kehendak ibu bapa. Perkara yang selalu gagal difahami oleh ibu bapa tentang anak-anak ialah wujudnya ‘sensitive period’ sepanjang perkembangan mereka.
Contohnya, semasa anak-anak sudah pandai bertatih, ada satu tempoh kita dapati anak-anak ini suka sangat memanjat tangga (sensitive period for stairs climbing).
Selalunya, kita akan halang anak itu sebab takut terjatuh atau tercedera. Lalu kita pasang semacam pagar di tangga untuk halang anak dari memanjat tangga. Secara tidak sedar kita halang perkembangan fizikal mereka yang sepatutnya dipuaskan secara fitrah. Sedangkan aktiviti (memanjat tangga)tersebut melatih perkembangan psikomotor anak-anak. Juga menanam rasa yakin diri pada anak-anak.

Saidina Umar pernah mengadukan halnya dengan kaum Quraisy kepada Allah SWT tentang kejemuannya menghalangi wujudnya kaum elit dan mewah dari kaum Quraisy kerana bimbangkan bahaya yang mungkin timbul dari kemewahan dan elit itu; hari ini kita meyaksikan kejatuhan umat Islam kerana dua faktor utama itu. Dan kitapun mungkin masih ingat pesanan Saidina Umar berkaitan pendidikan anak “ Didiklah anak kamu sesuai dengan zaman mereka”. Satu pesanan yang menjadikan masa depan sebagai rujukan dan penelitian. Seorang pemikir ada menyebutkan “Sekiranya kita tahu dimana kita berada dan bagaimana kita boleh berada ditahap sekarang maka kita tahu kemana arah kehidupan kita beberapa tahun lagi”.

Wallahualam..