Thursday 5 January 2012

MATLAMAT yang SMART untuk RESULT yang HEBAT

Belajar tanpa matlamat,
macam tembak tanpa sasaran.
Membazir peluru jer yop!!

Slide show semasa Program Parenting PTRS Lembah Jaya 2011.
Sebab-sebab lazim pelajar ke sekolah:
1. Untuk berseronok-seronok seronok bersama kawan, bertemu dengan kawan, berbincang mengenai program televisyen hari sebelumnya, bertukar-tukar majalah hiburan, download lagu, berpakat mengenai aktiviti hujung minggu,
boleh bersemuka dengan si dia....

2. Untuk mendapat Sijil Keluar Sekolah 
(Syarat penting untuk dapat kerja)

3. Untuk mewakili sekolah dalam sukan tertentu
(bolasepak, hoki atau bola jaring)

4. Untuk mendapat wang saku

5. Untuk mengelak bosan di rumah sementelah ibu dan bapa keluar rumah bekerja untuk mencari rezeki

6. Untuk mendapat kebebasan daripada ibubapa,
ada yang melepak di tempat tertentu malah ponteng sekolah dan pergi ke mana saja yang disukai...
 Jelas sekali matlamat utama mereka ini bukan "belajar untuk berjaya" tetapi ke "sekolah untuk bersosial". 

DUNIA HARI ESOK DIMILIKI OLEH MEREKA YANG ADA WAWASAN HARI INI
(robert schuller)



geng nasyid UlatBuku