Friday 28 December 2012

Kejayaan Bersama ULATBUKU

Tahun Baru 2013 akan menjelang 3 hari saja. Di kesempatan ini ULATBUKU mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013 kepada semua. Semoga tahun 2013 nanti akan menjadikan kita insan yang lebih terdidik akal dan akhlak. :)

Antara kelas-kelas yang diadakan di ULATBUKU adalah seperti berikut:


Pelajar yang mendaftar bagi kelas Tahun 2013 akan mendapat Kemeja-T ULATBUKU PERCUMA beserta penanda buku eksklusif ULATBUKU :)

Jadi, tunggu apa lagi?? JOMM CIPTA KEJAYAAN BERSAMA ULATBUKU!! Daftar segera ya...zasss ~




Monday 20 February 2012

Jasa Pendidik demi anak bangsa~

Time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..
Time budak nak bertanding apa2 acara... cikgu jd JURULATIH
Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..
... Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
Time RMT.. cikgu jd PELAYAN..
Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR..
Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
Time persembahan hari guru.. cikgu jd KOMPOSER..
Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU..
Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jd TUKANG CUCI..
Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
Time budak wat persembahan... cikgu jd PHOTOGRAPHER
Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA..
Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
Time hari Guru... cikgu jd PENYANYI..
Time gotong royong sekolah... cikgu jd TUKANG KEBUN
Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM..
Time parent amek lambat... cikgu jd BABY SITTER..
Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..
Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..
Time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..
Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK..

* fahamkan pekerjaan sebagai guru ni? dialah segala-galanya !!

I Love My Teacher :)

Tuesday 14 February 2012

LOkasi PTRS Lembah Jaya Ke-2


Sambutan hangat terhadap kelas tuisyen PTRS Lembah Jaya memaksa pembukaan Kelas PTRS Lembah Jaya yang ke-2 pada FEBRUARI 2012.
Masjid Bandar Baru Ampang terletak di jantung Lembah Jaya


Lokasi strategik ke 2 dipilih di Masjid Bandar Baru Ampang yang terletak dekat dengan SMK Bandar Baru Ampang.

Pelajar PTRS Lembah Jaya 2011 di Seminar Smart Learning @ UIAM Gombak.

Seramai 23 orang murid, kebanyakkannya dari SMK Bandar Baru Ampang telah memulakan sesi kelas pertama di Masjid Bandar Baru Ampang pada Ahad, 12hb Feb lepas.
Penyertaan dan pendaftaran pelajar baru PTRS Lembah Jaya 2012 dijangkakan akan berganda-ganda untuk kelas seterusnya di LOkasi ke-2 ini.



Monday 13 February 2012

LOkasi PTRS Lembah Jaya 2011

 


Masjid Bukit Indah Ampang terletak di puncak Lembah Jaya
Merupakan antara Penerima Anugerah Masjid Terbaik di Selangor

Kelas PTRS Lembah Jaya 2012 telah bermula di Masjid Bukit Indah sejak Januari 2012.

Bilik Kuliah Utama Masjid Bukit Indah yang ultra-nyaman...


sarapan PERCUMA disp0ns0r oleh Tuan Haji Khasim Abdul Aziz, Yb Adun Lembah Jaya.
* Antara menu terrrsedap ialah
====>Mee Goreng Maktok
=========> Nasi Goreng Cina Nenek 
========>Nasi Lemak Khaw2

Sudah lah PERCUMA tuisyen,
PERCUMA nota,
PERCUMA SARAPAN,
SELESA pula tempat tuisyen yang dibayar oleh Kerajaan Negeri.

Bertempat di Bilik Kuliah yang berhawa dingin,
para pelajar sangat bertuah dapat menikmati sesi pembelajaran yang ultra-nyaman.

YB Tuan Haji Khasim Abdul Aziz, Penaung Unggul PTRS Lembah Jaya menyampaikan amanat beliau kepada Peserta Seminar Sejarah SPM 2011 di SRA Lembah Jaya





Syarat-Syarat Penyertaan PTRS 2012

  • CALON SPM 2012 SAMADA CALON SEKOLAH ATAU CALON PERSENDIRIAN 
  • MEMPEROLEH PURATA KEPUTUSAN GRED D/C/B DALAM FORM4 FINAL EXAM
  • DATANG DARI KELUARGA BERPENDAPATAN RENDAH ATAU SEDERHANA  


HATRIKK KEMBALI LAGI!! PEMANGKIN RESULT SPM 2009, 2010 & 2011 KINI BERMULA

TAWARAN UNTUK CALON SPM 2012 PERCUMA

Program Tuisyen Rakyat 2012 kembali lagi. Tahun ini dengan PROGRAM-PROGRAM SOKONGAN yang lebih hebat. Ditawarkan atas keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu dan meringankan beban keluarga berpendapatan di bawah Rm1,500 sebulan bagi membolehkan anak-anak mereka mengikuti kelas tuisyen anjuran PTRS yang PERCUMA tetapi bermutu tinggi.

PERCUMA YURAN
PERCUMA NOTA
PERCUMA SARAPAN (Dun Lembah Jaya)

Thursday 5 January 2012

MATLAMAT yang SMART untuk RESULT yang HEBAT

Belajar tanpa matlamat,
macam tembak tanpa sasaran.
Membazir peluru jer yop!!

Slide show semasa Program Parenting PTRS Lembah Jaya 2011.
Sebab-sebab lazim pelajar ke sekolah:
1. Untuk berseronok-seronok seronok bersama kawan, bertemu dengan kawan, berbincang mengenai program televisyen hari sebelumnya, bertukar-tukar majalah hiburan, download lagu, berpakat mengenai aktiviti hujung minggu,
boleh bersemuka dengan si dia....

2. Untuk mendapat Sijil Keluar Sekolah 
(Syarat penting untuk dapat kerja)

3. Untuk mewakili sekolah dalam sukan tertentu
(bolasepak, hoki atau bola jaring)

4. Untuk mendapat wang saku

5. Untuk mengelak bosan di rumah sementelah ibu dan bapa keluar rumah bekerja untuk mencari rezeki

6. Untuk mendapat kebebasan daripada ibubapa,
ada yang melepak di tempat tertentu malah ponteng sekolah dan pergi ke mana saja yang disukai...
 Jelas sekali matlamat utama mereka ini bukan "belajar untuk berjaya" tetapi ke "sekolah untuk bersosial". 

DUNIA HARI ESOK DIMILIKI OLEH MEREKA YANG ADA WAWASAN HARI INI
(robert schuller)



geng nasyid UlatBuku