Wednesday 16 March 2011

Tuisyen PERCUMA untuk calon-calon SPM 2011

Pelajar PTRS Lembah Jaya tekun menelaah subjek Matematik, diselia oleh Puan Khadijah Ehdary, pakar Matematik Ampang

Program Tuisyen Rakyat Selangor
(PTRS)
merupakan sebuah program yang diwujudkan sebagai bantuan pendidikan berbentuk kelas tambahan 
PERCUMA
khusus untuk calon-calon
Sijil Pelajaran Malaysia. (SPM) 

PTRS adalah program khusus yang dijalankan bagi meningkatkan, memenuhi dan merealisasikan agenda kerajaan negeri bagi memastikan kebajikan rakyat, kualiti hidup rakyat, memantapkan ekonomi rakyat dan menyempurnakan definisi pendidikan 5M.