Saturday 31 December 2011

SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2012

Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua ULAT BUKU - ULAT BUKU  di luar sana. Tanamkan azam Tahun Baru ini dengan  “Cubalah untuk setia – setia pada impian, setia pada cita-cita, walau apapun ia!” Sebenarnya ia pesanan untuk diri Anda supaya setia pada yang satu – impian yang satu, cita-cita yang satu, Allah yang satu.
Ada ratusan ribu orang berhenti mencapai impian kerana mereka merasa susah untuk mencapai impian  sebab mereka ada lebih dari 3 impian. Untuk membuat diri Anda bersemangat mencapai impian, lakukan apa yang perlu. Apa dia? Fokus pada proses, kurangkan memfokus pada hasil sebab hasil akan timbul sendiri apabila prosesnya berhasil.

Selamat Tahun Baru 2012  :)

Wednesday 21 December 2011

Dari Kecil Buku Jadi Hiburan. Bila Besar Jangan Buku Hanya Jadi Hiasan~

Budaya membaca di kalangan rakyat semakin meningkat kepada 
08 hingga 12 buku setahun pada 2010 berbanding hanya 
02 buku pada 1996.

Dari sumber yang boleh dipercayai, dikatakan peningkatan itu
dipengaruhi oleh pertambahan syarikat penerbitan buku di negara ini selain peningkatan jumlah bahan bacaan.
Tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia amnya, dan Selangor khususnya telah meningkat sejak kebelakangan ini.

Ia adalah atas usaha kerajaan Pakatan Rakyat
melaksanakan pelbagai inisiatif dan kempen yang berkaitan dengan membaca

Trend positif di kalangan pembaca berusia 10 tahun dan ke atas patut digalakkan lagi oleh semua pihak.



Selain itu, bahan bacaan dalam bidang bahasa seperti novel berbentuk fiksyen dan 
non-fiksyen
mendapat sambutan menggalakkan apabila terjual
sehingga 60 peratus selain kesusasteraan dan agama.

Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa kita masih ada ruang untuk peningkatan.

 Menurut statistik, rakyat Malaysia gemar membaca 
bahan bacaan ringan
seperti majalah dan akhbar.






Sunday 18 December 2011

OBJEKTIF PTRS ada sesiapa nak OBJEK kah?

Program Tuisyen Rakyat Selangor menyempurnakan
Dasar Kerajaan Negeri Selangor
dalam memenuhi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor atau MES. PTRS memang berjaya mencapai OBJEKTIFnya untuk mengangkat tahap pendidikan rakyat dan menguntungkan pembelajaran rakyat

tidak sebagaimana
Skim Baucar Tuisyen (SBT) ((anjuran siapa?))
yang membelanjakan lebih Rm200juta dengan OBJEKTIFnya untuk menguntungkan pusat-pusat tuisyen.


PTRS Lembah Jaya
Kelas Tuisyen Program Tuisyen Rakyat Selangor PTRS Lembah Jaya dijalankan dengan konsisten oleh KOORDINATOR PEMBANGUNAN MODAL INSAN yang komited terhadap kualiti pendidikan rakyat Selangor.



Dilancarkan pada April 2009, Program Tuisyen Rakyat Selangor telah berjaya memberi manfaat berbentuk pendidikan percuma bagi memungkinkan anak rakyat yang
berpendapatan kurang dari Rm1,500 sebulan untuk
menikmati
pendidikan berkualiti tinggi yang setanding,
malah jauh lebih bermutu dari pusat-pusat tuisyen berbayar yang mengutamakan keuntungan.

Dengan peruntukan kira-kira RM3.4 juta ringgit setahun, memang tidak menghairankan jika Program Tuisyen Rakyat Selangor yang mesra-pelajar,
disokong oleh ibubapa serta 
bermanfaat kepada masyarakat ini adalah
antara agenda utama Merakyatkan Ekonomi Selangor yang paling popular.
Lokasi PTRS Lembah Jaya 2011

Thursday 15 December 2011

INI HAKIKAT, BUKAN HIKAYAT, BUKAN TARIKAT~

Lebih 13 ribuuuu pelajar di seluruh Selangor telah sertai Program Tuisyen Rakyat Selangor???

Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang dilaksanakan dengan konsisten
secara percuma di seluruh DUN di negeri Selangor mencapai

kejayaan apabila program ini telah membantu lebih 13 ribu pelajar terpilih
mempertingkatkan
prestasi,mutu & keunggulan
pelajaran mereka dalam
peperiksaan SPM 2009, 2010 dan 2011. 









Wednesday 14 December 2011

2012 PERCUMA TAPI MAAF TAK BOLEH TAPAU @ 06-01-2012

Pendaftaran awal para pelajar dari SMK Taman Kosas, SMK Bukit Indah, SMK Tasik Permai, SMK Bandar Baru Ampang dan SMK Tasik dialu-alukan a t a u ANDA akan ketinggalan dalam mengikuti banyak program sokongan Program Tuisyen Rakyat Selangor 2012. 
TERKINI program sokongan PTRS Lembah Jaya 2012 ialah
Bengkel SPM Matematik Kertas 2
06-01-2012, (JUMAAT,8MALAM) 
@ SRA Lembah Jaya.


PERCUMA BENGKEL! (boleh ajak kawan punya kawan punya kawan). PERCUMA NOTA! (boleh cepat faham)
PERCUMA KUDAPAN! (sori, ni tak boleh tapau)
Terbuka kepada semua CALON SPM 2012
tak kira umur, jantina atau agama

Bengkel PERCUMA SPM MATEMATIK KERTAS 2 akan dikendalikan oleh Guru Pakar Matematik PTRS Lembah Jaya, Teacher Khadijah Ahdary.

Monday 12 December 2011

2012 PERCUMA PENDAFTARAN PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR LEMBAH JAYA

Kerancakan Sesi Merekrut Pelajar PTRS 2012 di program Selangorku~
Pelancaran Selangorku & Bakti Siswa peringkat Dun Lembah Jaya pada 4hb Disember 2011 di Kg Lembah Jaya Selatan, menjadi platform pertama PTRS Lembah Jaya mengorak langkah merekrut pelajar baru sesi 2012. Usaha membuka pendaftaran pelajar PTRS Lembah Jaya sesi 2012 sejak awal Disember 2011 ini disokong penuh oleh ADUN Lembah Jaya, YB Tuan Haji Khasim Abdul Aziz. YB Khasim yang menjadi penyokong kuat kesungguhan Kerajaan Negeri Selangor membiaya kos tuisyen rakyat miskin turut menunjukkan keprihatinan beliau dengan lawatan tidak rasmi secara berkala ke kelas tuisyen PTRS Lembah Jaya.


KPMI Akma Ezan Ahmad dan barisan AJK PTRS Lembah Jaya menjangka pendaftaran pelajar PTRS Lembah Jaya 2012 akan meningkat berikutan publisiti meluas yang telah dijalankan sepanjang tahun 2011. PTRS Lembah Jaya telah berjaya menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab SPM Matematik Kertas 2 di Dewan Sri SRA Lembah Jaya pada 20hb Ogos 2011.

2012 PERCUMA BENGKEL MATEMATIK SPM @ PTRS LEMBAH JAYA 06 JANUARI


PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR anjuran Kerajaan Selangor demi kebajikan rakyat, memantapkan ekonomi rakyat. PERCUMA untuk warganegara Malaysia berpendapatan isi rumah kurang Rm1500.
PTRS berhasrat untuk menyempurnakan definisi pendidikan kepada 5M
MEMBACA
MENULIS
MENGIRA
MEMIKIR
MENGAMAL

PERCUMA BENGKEL MATEMATIK SPM 2012 @ PTRS LEMBAH JAYA JANUARI 06

Teacher Khadijah Ahdary, Guru Pakar Matematik
PTRS Lembah Jaya
Sebahagian pelajar yang menyertai Seminar Matematik PTRS Lembah Jaya 2011.


Pelajar turut diberi tazkirah ringkas oleh motivator jemputan

Monday 17 October 2011

2011 PERCUMA SEMINAR SEJARAH SPM PTRS

Banner Seminar Sejarah SPM PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR Lembah Jaya 211. Seminar yang mendapat sambutan hangat dari Calon SPM 2011.

KPMI PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR
PTRS Lembah Jaya

ADUN Lembah Jaya YB Khasim Bin Abdul Aziz, Penaung Kehormat PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR
PTRS Lembah Jaya


Puan Naimah Mohamad, Guru Sejarah yang hebat di seminar & di kelas PTRS Lembah Jaya

Nur 'Aziyah, IT pro PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR Lembah Jaya, merangkap Guru Bahasa Melayu PTRS Lembah Jaya 

Peserta Seminar Sejarah PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR,
PTRS Lembah Jaya khusyuk dengan penyampaian Puan Naimah Muhammad



Terima kasih kepada YB Khasim Bin Abdul Aziz ADUN Lembah Jaya yang telah sudi spot-check Seminar Sejarah PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR, PTRS Lembah Jaya sambil luangkan masa membakar semangat pelajar-pelajar dengan amanat beliau. Tq YB.

Tuesday 19 April 2011

Gaya Belajar Anda Visual, Auditori, atau Kinestetik ?


Gaya Belajar Anda Visual, Auditori, atau Kinestetik ?

Dalam buku Quantum Learning dipaparkan 3 gaya belajar seseorang iaitu : “gaya visual, auditori atau kinestetik (V-A-K). Walaupun  kita belajar dengan menggunakan ketiga-tiga gaya ini pada tahap tertentu, kebanyakan orang lebih cenderung pada salah satu di antara ketiganya”.

1. Visual (belajar dengan cara melihat)

Mata melihat keatas bila berbicara, berbicara dengan cepat. Bagi mereka yang bergaya belajar visual, yang memegang peranan penting adalah mata / penglihatan ( visual ), dalam hal ini metode pengajaran yang digunakan guru sebaiknya lebih banyak / dititikberatkan pada paparan / media, ajak mereka ke objek-objek yang berkaitan dengan pelajaran tersebut, atau dengan cara menunjukkan alat paparan langsung pada pelajar atau menggambarkannya di whiteboard. Anak yang mempunyai gaya belajar visual, melihat bahasa tubuh dan ekspresi muka gurunya untuk memahami sesuatu pelajaran. Mereka cenderung untuk duduk di depan agar dapat melihat dengan jelas. Mereka berpikir menggunakan gambar-gambar di otak mereka dan belajar lebih cepat dengan menggunakan paparan-paparan visual, seperti diagram, buku pelajaran bergambar, dan video. Di dalam kelas, pelajar  visual lebih suka mencatat dengan terperinci untuk mendapatkan informasi.

Ciri-ciri gaya belajar visual :

² Bercakap agak cepat
² Mementingkan penampilan dalam berpakaian / cara persembahan
² Tidak mudah terganggu oleh kekecohan ( lebih tenang)
² Mengingat pada perkara yang  dilihat, daripada yang didengar
² Lebih suka membaca daripada dibacakan (mendengar)
² Pembaca cepat dan tekun
² Seringkali mengetahui apa yang harus dikatakan, tetapi tidak pandai memilih kata-kata
² Lebih suka melakukan  demonstrasi daripada berpidato
² Lebih suka muzik daripada seni
² Mempunyai masalah untuk mengingati kata-kata kecuali jika ditulis, dan seringkali minta bantuan orang untuk mengulanginya
Strategi untuk mempermudah proses belajar anak visual :
1. Gunakan paparan  visual seperti, gambar-gambar, diagram dan peta.
2. Gunakan pen 'highlighter' untuk menanda text yang penting.
3. Ajak anak untuk membaca buku-buku yang bergambar.
4. Gunakan multimedia (contohnya: komputer dan video).
5. Ajak anak untuk mencuba melukis idea-ideanya ke dalam gambar.

2. Auditori (belajar dengan cara mendengar)

Mata memandang kekiri/kekanan mendatar bila bercakap, bercakap yang biasa-biasa saja. Pelajar yang jenis auditori menjayakan pembelajarannya melalui telinga ( alat pendengarannya ),  Anak yang mempunyai gaya belajar auditori dapat belajar lebih cepat dengan menggunakan perbincangan secara langsung dan mendengarkan apa yang guru katakan. Anak auditori dapat menyerap makna yang disampaikan melalui tone suara, pitching (tinggi rendahnya), kecepatan bercakap dan hal-hal auditori lainnya. Informasi bertulis kadang-kadang mempunyai makna yang minimum bagi anak auditori mendengarkannya. Anak-anak seperi ini biasanya dapat menghafal lebih cepat dengan membaca teks dengan kuat  dan mendengar CD.

Ciri-ciri gaya belajar auditori :
² Semasa bekerja, suka bercakap pada diri sendiri
² Penampilan kemas dan rapi
² Mudah terganggu oleh keadaan yang bising
² Belajar dengan mendengar dan mengingat apa yang dibincangkan daripada yang dilihat
² Suka mendengar dan membaca dengan kuat
² Menggerakkan bibir semasa membaca buku
² Biasanya golongan ini seorang yang fasih dalam berbicara.
² Lebih pandai mengeja dengan kuat daripada menuliskannya
² Lebih suka gurauan lisan daripada membaca komik
² Mempunyai masalah dengan pekerjaan-pekerjaan yang melibatkan Visual
² Percakapan yang berirama
² Dapat mengulangi kembali dan meniru nada, irama dan suara.

Strategi untuk memudahkan proses belajar anak auditori :
1. Ajak anak untuk ikut berbincang dalam kelas atau pun semasa di rumah
2. Galakkan anak untuk membaca text dengan kuat.
3. Boleh menggunakan muzik untuk menarik minat anak.
4. Berbincang dengan anak secara verbal.
5. Biarkan anak merakam kata-katanya semasa belajar, dan galakkan dia mendengar kembali rakaman sebelum tidor.

3. Kinestetik (belajar dengan cara bergerak, bekerja dan menyentuh)

Mata memandang  kebawah bila berbicara, berbicara lebih lambat. Anak yang mempunyai gaya belajar kinestetik belajar melalui pergerakan, sentuhan, dan praktikal. Anak seperti ini sukar untuk duduk diam berjam-jam kerana sangat aktif dan perasaan ingin tahu sangat kuat. Pelajar  jenis  ini belajar melalui gerak dan sentuhan.

Ciri-ciri gaya belajar kinestetik :

² Berbicara perlahan
² Penampilan kemas
² Tidak terlalu mudah terganggu dengan keadaan bising.
² Belajar melalui manipulasi dan praktikal.
² Menghafal dengan cara berjalan dan melihat
² Menggunakan jari sebagai petunjuk ketika membaca
² Berasa sukar untuk menulis tetapi amat mudah untuk bercakap.
² Amat suka kepada buku-buku dan  mencerminkan aksi dengan gerakan tubuh ketika membaca
² Suka kepada permainan yang berebut (bola sepak, bola keranjang dll)
² Sukar untuk mengingat geografi, kecuali jika mereka memang pernah berada di tempat itu.
² Menyentuh orang untuk mendapatkan perhatian. Mereka akan bercakap dengan menggunakan aksi.

Strategi untuk mempermudah proses belajar anak kinestetik:

1. Jangan paksakan anak untuk belajar sampai berjam-jam.
2. Ajak anak untuk belajar perkara-perkara yang hampir dengan persekitarannya. 
3. Biarkan mereka mengunyah epal (contohnya) ketika sedang belajar.
4. Gunakan pen penanda warna terang untuk highlight hal-hal penting dalam bacaan.
5. Anak boleh juga belajar sambil mendengar bunyi-bunyian lain (radio, CD, TV)

Gaya belajar dapat menentukan prestasi belajar anak. Jika diberikan strategi yang sesuai dengan gaya belajarnya, anak dapat berkembang dengan lebih baik. Gaya belajar automatik bergantung kepada individu itu sendiri.. Ini bermakna gaya belajar setiap individu adalah berlainan. Anda kategori yang mana?
Wallahu’alam..